Check The Crowd Levels
Last Updated:28 Aug 2020, 4:51:13 PM
[KEMAS KINI KOVID-19]
Singapura telah memasuki Fasa Dua: Peralihan Selamat, dan kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa
Taman
Warisan Melayu telah dibuka semula. Galeri-galeri kami telah dibuka, tetapi kami tidak dapat mengadakan
acara semasa tempoh ini.
Keselamatan semua pengunjung dan kakitangani adalah perhatian utama kami. Untuk keselamatan anda,
langkah
kawalan keselamatan akan dilaksanakan semasa kunjungan anda. Ini termasuk:
- Penggunaan Safe Entry untuk masuk dan keluar
- Mengambil suhu badan
- Jarak selamat satu meter antara antara individu sepanjang waktu.
- Memakai pelitup sepanjang waktu.
- Tidak melebihii 5 pengunjung di dalam satu kumpulan.
Mari kami berusaha ke ara 'COVID-Safe Singapore', dan kami nantikan ketibaan anda!
Waktu Operasi

Bayaran Masuk
Bermula dari Januari 2017, muzium-muzium NHB dan institusi-institusi warisan* tidak akan mengadakan lagi acara
Rumah
Terbuka (yang memberikan kemasukan percuma untuk semua pengunjung). Muzium-muzium dan institusi-institusi
warisan
kami akan mengadakan kemasukan percuma untuk kesemua pengunjung pada hari-hari tertentu bersempena
pameran-pameran,
acara-acara atau sambutan perayaan-perayaan sahaja.
*Muzium Negara Singapura, Muzium Tamadun Asia, Muzium Peranakan, Muzium Filatelik Singapura, Dewan
Peringatan
Nanyang Sun Yat Sen, Taman Warisan Melayu, Pusat Warisan India, Renungan di Bukit Chandu
Warganegara & Penduduk Tetap
**Sila tunjukkan kad identiti untuk pengesahan
Kemasukan percuma sepanjang tahun dikhususkan bagi para warganegara dan Penduduk Tetap (PR) untuk melawat
galeri-galeri tetap yang mempamerkan koleksi negara serta pameran-pameran khas tertentu untuk menggalakkan lebih
ramai kunjungan ke Muzium-Muzium Kebangsaan dan Institusi-institusi Warisan kami.
Menerusi kemasukan percuma, NHB berharap dapat membuka pintu kepada para warganegara dan Penduduk Tetap untuk
menikmati khazanah Muzium-Muzium Negara dan Institusi-Institusi Warisan. Buat pameran-pameran khas di mana
bayaran
masuk dikenakan, NHB akan terus menawarkan kemasukan percuma kepada para warganegara dan Penduduk Tetap yang
termasuk para pelajar, guru-guru, warga emas dan anggota-anggota NSF serta anak-anak berusia 6 tahun ke bawah.
*Pas yang sah harus ditunjukkan jika diminta.
Lawatan Sekolah ke Taman Warisan Melayu
Lawatan Berpemandu
Sertai kami dalam lawatan berpemandu di galeri-galeri tetap Taman Warisan Melayu dan
pelajari dengan lebih mendalam tentang kepentingan masyarakat Melayu. Lawatan-lawatan berpemandu ini diadakan dalam
bahasa Inggeris oleh para jurupandu sukarela kami yang terlatih.
Pendaftaran berdasarkan untuk sesiapa yang terlebih dahulu membuat tempahan serta
keberadaan jurupandu sukarela kami. Sila membuat pendaftaran anda untuk lawatan berpemandu
sekurang-kurangnya 4 minggu terlebih dahulu. Untuk pendaftaran, sila isikan borang tempahan sekolah ini dan
emelkan kepada kami di NHB_MHC@nhb.gov.sg.
Emel konfirmasi akan dihantar kepada anda setelah tempahan anda ditetapkan. Sekiranya
anda tidak mendapat sembarang khabar daripada kami, sila hubungi kami melalui emel NHB_MHC@nhb.gov.sg atau talian +65 6391 0450.
Lawatan Pendahuluan
Guru-guru atau pegawai pentadbir sekolah digalakkan untuk membuat lawatan pendahuluan ke
TWM. Ia akan memudahkan perancangan logistik dan memberi pengenalan kepada kemudahan-kemudahan dan kawasan
sekitar.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang galeri tetap TWM, para guru dan pegawai
pentadbit sekolah disarankan untuk mengikuti lawatan berpandu percuma kami, yang diselenggarakan oleh oleh para
jurupandu sukarela yang terlatih di waktu-waktu yang berikut:
-*Tertakluk pada ketersediaan. Pendaftaran mengikut yang dahulu didahulukan. Sila menghubungi kami dahulu untuk
memastikan ketersediaan dosen di +65 6391 0450.
- Tempat berjumpa adalah di Pusat Perkhidmatan Pengunjung.
-Lawatan tidak akan diadakan pada hari cuti jurupandu kami, iaitu dari akhir Disember hingga ke awal bulan Januari,
dan beberapa cuti umum.
Bagaimana Hendak Ke Sana
Kemudahan Letak Kereta
Jika memandu, anda boleh meletakkan kereta anda di tempat-tempat letak kereta umum sepanjang Aliwal Street, Kandahar
Street dan Pahang Street atau di medan kereta bertingkat di Textile Centre dan Sultan Plaza. Tertakluk pada kadar
bayaran.
Pengangkutan Awam
Menaiki MRT:
Turun di stesen Bugis (EW12). Dari stesen Bugis, anda perlu berjalan dalam lingkungan 10 minit ke TWM.
Menaiki Bas:
Dari North Bridge Road: Perkhidmatan bus no. 7, 32, 51, 63, 80, 145 & 197.
Dari Victoria Street: Perkhidmatan bus no. 2, 7, 12, 32, 33, 51, 63, 80, 130, 133, 145, & 197.
Dari Beach Road: Perkhidmatan bus no 10, 14, 16, 70, 100, 107, 196 & 401.
Kemudahan-kemudahan
Kemudahan-kemudahan Taman Warisan Melayu khusus disediakan untuk kegiatan-kegiatan TWM. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hantarkan emel kepada NHB_MHC@nhb.gov.sg.
Tahap Bising
Untuk menghayati pameran-pameran dengan sepenuhnya, dan untuk keselesaan semua pengunjung, sila alihkan telefon
bimbit anda kepada mod senyap dan elakkan daripada berbual atau ketawa dengan kuat. Dilarang berlari di
galeri-galeri.
PENGGAMBARAN KOMERSIAL
Penggambaran untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial dibenarkan. Dilarang menggunakan flash dan tripod.
Penggambaran Komersial
$250.00
Penggambaran akan dikenakan bayaran dan hanya dibenarkan dengan kebenaran dari jawatankuasa Taman Warisan Melayu. Sila isikan borang di sini
Jika borang tidak dimuatkan, anda juga boleh mengisikannya
di sini.
PENYEWAAN TEMPAT
Sewa ruang kami di Taman Warisan Melayu
Auditorium di Taman Warisan Melayu menawarkan ruang untuk mesyuarat, bengkel, seminar, persidangan dan persembahan. Susunan tempat duduk di dalam ruang yang berhawa dingin ini boleh memuatkan sehingga 140 orang tetamu (tanpa unjuran) dan 80 orang (dengan unjuran).
Sila isikan borang di sini.
Jika borang ini tidak dimuatkan, anda juga boleh mengisinya di sini.
Untuk sembarang pertanyaan, sila menelefon +65 6391 0450 atau emel kami di NHB_MHC@nhb.gov.sg.
Lawatan Berpemandu Percuma
[PENGUMUMAN] Lawatan berpemandu kami telah disambung! Setiap kumpulan ttidak boleh
melebihi 5 orang (tidak termasuk juru pandu) di dalam satu lawatan, dan tertakluk pada ketersediaan juru pandu
kami. Pengunjung digalakkan untuk menyemak bersama meja depan kami mengenai jadual lawatan berpemandu, dan
pendaftaran diperlukan. Harap maklum bahawa setiap peserta harus mematuhi langkah-langkah keselamatan kawalan
seperti yang dicatatkan di Senarai Semak untuk Kawalan Keselamatan Pihak Berkepentingan (Fasa 2) yang disediakan
di laman web NHB. Ini termasuk:
i. Peserta harus menggunakan pembersih tangan
atau mencuci tangan dengan sabun dan air sebelum memulakan atucara.
ii. Peserta harus menggunakan pelitup pada setiap masa.
iii. Peserta harus jaga jarak 1 meter dari kumpulan lain.
iv. Peserta tidak digalakkan untuk berbual dengan kuat.
v. Interaktif elemen tidak akan disediakan dalam lawatan ini.
Dalam Bahasa Mandarin
Lawatan Berpemandu - Tidak melebihi 5 peserta setiap sesi
*Tertakluk kepada ketersediaan. Harap hubungi kami terlebih dahulu untuk memastikan ketersediaan
seorang juru pandu.
*Lawatan berpandu adalah percuma.
*Tertakluk pada ketersediaan juru pandu dan yang dahulu akan didahulukan.
*Jangka masa yang dianggarkan untuk setiap lawatan berpandu addalah 30 hingga 45 minit.
*Tempat berkumpul adalah Pusat Perkhidmatan Pengunjung.
*Lawatan tidak akan diadakan pada hari cuti jurupandu kami, iaitu dari akhir Disember hingga ke awal bulan
Januari, dan beberapa cuti umum.